PRK SEMENYIH : UMNO Terengganu Bapa Angkat kepada PDM Bandar Ricing 5 & 6

Semenyih - Malam ini, program santai UMNO Negeri Terengganu bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) angkat Bandar Rincing 5 - 6 yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Said, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato' Haji Wan Hisham Wan Salleh, Setiausaha UMNO Terengganu Dato' Rozi Mamat merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu dan ketua-ketua bahagian serta adun-adun Terengganu.

Turut bersama bahagian angkat dari Selayang dan Pandan serta wakil dari Pas Kawasan Selayang dan Pandan.

Sesi suai kenal ini akan diterjemahkan lagi sehingga hari pembuangan undi bagi PRK Dun Semenyih yang akan diadakan mengikut ketetapan SPR sepertimana diumumkan sebelum ini.

Proses penamaan calon akan berlangsung pada 16 Februari (sabtu) ini dan
Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2019 manakala hari mengundi awal pada 26 Februari.


Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari, bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam 1 Mac 2019.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.