SEJARAH UMNO KUALA TERENGGANU

 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SEJARAH PENUBUHAN UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

 Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

 1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

 Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

 Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union.

 Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


 

 https://www.youtube.com/playlist?list=PL5Jo4zFNM7nvjQNmKt-JdtN61c4QH20qg


 

SEJARAH UMNO BAHAGIAN KUALA TERENGGANU

Allahamdulillah.... Berkat Kalimah Allah SWT dan Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW.

 UMNO Bahagian Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tanggal 6 April 1988 yang mana telah mendapat kelulusan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dibawah peraturan pertubuhan 1984 (peraturan 7(4)) yang beralamat No. 376, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu.

 KINI UMNO Bahagian Kuala Terengganu telah beroperasi di bangunan sendiri yang beralamat 220, Bangunan UMNO Gong Kapas, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.

 UMNO mempunyai sturktur organisasi yang cukup baik dengan untuk terus kekal berkhidmat sehingga kini dan terus kekal relevan membela nasib agama, bangsa dan tanah air.

 Dengan slogan “DULU, KINI, SELAMANYA”

 KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA TERENGGANU BERMULA 1988

  

PERTAMA : Dato’ Abu Bakar Bin Daud (1988 - 1999)

 


KEDUA : Dato’ Roslan Bin Awang Chick (2000 - 2007)

 


KETIGA : Dato’ Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh (2008 - 2013)

 


KEEMPAT : Dato’ Mohd Sabri Bin Alwi (2013 - 2018)

 


KELIMA : Dato’ Wan Hisham Bin Wan Salleh (2018 - Sekarang)

 
UMNO Bahagian Kuala Terengganu mempunyai 110 cawangan keseluruhan dan pecahan mengikut dun -dun seperti Wakaf Mempelam (34), Bandar (17), Ladang (23) dan Batu Buruk (36) cawangan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.