KUALA
TERENGGANU - Datuk Wan Hisham Wan Salleh dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian
Kuala Terengganu bagi sesi 2018-2021 setelah menang dalam pemilihan Umno
bahagian, semalam.
Beliau
yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Umno bahagian, memperoleh 524 undi,
menewaskan pencabarnya yang juga bekas Naib Ketua Pemuda bahagian, Ahmad
Fanizar Bani Md Tahar yang memperoleh 197 undi.
Manakala
jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian pula dimenangi bekas Ketua Pemuda Umno
Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.
Dr
Najmil memperoleh 308 undi, mengetepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Abdul
Latif Ibrahim (199), Datuk Ibrahim Mohamad (149) dan Syed Abd Rahman Tuan
Kuning (73).
Pada
pemilihan sayap pada 23 Jun lalu, Dr Najmil turut dipilih sebagai Exco Pemuda
Umno Malaysia dan menjadi satu-satunya wakil Terengganu yang menang bagi jawatan
itu.
Setiausaha
Umno Bahagian Kuala Terengganu, Razak Ali membuat kejutan apabila dipilih
sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu yang baharu.
Beliau
yang memperoleh 440 undi, menewaskan penyandang kerusi itu, Badrol Hisham Zaki
yang meraih 229 undi.
Seramai
20 ahli jawatankuasa Umno bahagian turut dipilih iaitu Zamri Awang Hitam, Mohd
Hanafiah Ismail, Mohd Murad Muda, Mohamad Arifin Othman, Ayob Mamat, Roslan
Afendi Aziz, Othman Endut, Alias @ Abdul Karim Mustafa dan Fakrul Azman Abu
Bakar.
Turut
dipilih, Othman Ismail, Ismail Mohamad, Meriam@ Normala Said, Zaki Mohd Noor,
Ahmad Ali, Abdullah Safawi Awang, Mohamad Azmi Abdullah, Mohd Al Marzuki Said,
Ahmad Salahuddin Mustaffa, Syed Aziz Tuan Kuning dan Zurin Abd Rahman.
Sejumlah
761 perwakilan Umno Bahagian Kuala Terengganu menunaikan tanggungjawab memilih
pucuk pimpinan bahagian dan pimpinan tertinggi Umno kali ini, yang berlangsung
di Primula Beach Hotel di sini, semalam.
Pengumuman
keputusan rasmi pemilihan dibuat kira-kira jam 5 pagi tadi. SH