KB Ziarah Cikgu Lan


23 April 2019 - Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato' Haji Wan Hisham Wan Salleh menziarahi mantan AJK UMNO Bahagian merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga Cikgu Maslan Mohamad (Cikgu Lan) di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu semalam.

Wan Hisham turut bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada Cikgu Lan yang ketika ini menjalani pembedahan akibat komplikasi penyakit kencing Manis.

Beliau dimasukkan 4 hari lalu dan menjalani pembedahan sehari selepas itu.Semoga beliau diberikan kesembuhan yang terbaik dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.