Para pengundi diingatkan agar tidak melupakan sejarah 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah yang menyebabkan rakyat terperangkap dan berada dalam keadaan susah.
Pengerusi Tetap Veteran UMNO Malaysia, Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz berkata, tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita kesusahan yang dialami oleh rakyat sebegini.
“Dengan kita punya ringgit Malaysia (RM) jatuh merudum. Dengan semalam harga emas jatuh lagi dan yang paling penting, harga makanan sekarang ni naik melonjak-lonjak. Rakyat bertambah susah. Apakah ini yang mahu diwariskan kepada generasi yang akan datang?
“Itu pesanan saya kepada pengundi. Pengundi ni play the very big role dan hari ini pengundi yang terdiri daripada 18 tahun ke atas dan juga pengundi yang selama ini tidak mendaftar… sekarang ni dah boleh mengundi, mengundilah,” katanya kepada UMNO Online.
Kamal Amir turut menyeru para pengundi untuk memberikan kepercayaan kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) dan menghiraukan fitnah yang ditabur oleh pihak lawan.
“Berilah kepercayaan. Let’s make a comeback. Saya melihat kita perlu untuk mengembalikan semula suasana. Biarlah orang kata apa pun. Macam-macam fitnah yang mereka lontarkan.
“Para pengundi please understand. Sekarang ini jaguh, tokoh, penipu sudah pun muncul balik. Jadi be careful dan berhati-hati.
“Saya berharap agar pengundi tidak mengundi mengikut emosi. Mengundilah menggunakan akal fikiran, apa yang kita alami pada masa silam,” katanya. – UMNO Online