بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KENYATAAN MEDIA
KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA TERENGGANU
Kita sedia maklum bahawa YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO Malaysia dibawa ke Mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi beberapa pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau ditahan SPRM berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah SPRM mendapat keizinan mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara serta Perdana Menteri.
Presiden UMNO juga akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 200.
Disini jelas tindakan kerajaan hari ini dilihat cuba untuk memburukkan imej parti dan pemimpin UMNO serta mengaibkan seluruh ahli UMNO di mata rakyat dan juga sebagai tekanan kepada UMNO untuk terus dilenyapkan dari arena politik tanah air oleh kerajaan hari ini.
Perkara ini terjadi sama seperti apa yang berlaku kepada mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang mana langsung tiada bukti yang munasabah untuk dikaitkan bersalah ketika ini.
Mereka (kerajaan PH) seolah-olah dalam situasi dan benar ada usaha untuk mengharamkan UMNO serta menjadikan SPRM sebagai senjata untuk memusnahkan UMNO keseluruhannya.
Justeru itu, dengan rasa bertanggungjawab sebagai pemimpin peringkat bahagian, kami ingin menyatakan sokongan yang penuh kepada Presiden UMNO di dalam ujian yang kita hadapi hari ini.
Sebelum ini juga, pertuduhan yang dihapuskan oleh kerajaan PH sehari selepas mengambil alih kerajaan pada 9 mei lalu dengan mengugurkan kes terhadap Lim Guan Eng dan juga Rafizi Ramli yang secara rasminya dan dimana prinsip “Rule Of Law” yang dicanangkan oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad.
Kami akan sentiasa berdiri teguh bersama Presiden UMNO mempertahankan parti ini dalam apa jua keadaan sekalipun.
Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah SWT supaya DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang mencabar ini. Bersamalah juga kita mendoakan supaya parti UMNO terus mendapat kesejahteraan dari Nya.
YBhg. Dato' Haji Wan Hisham Bin Wan Salleh
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu
19 Oktober 2018
8.30 pagi
#UMNOBangkit
#DuluKiniSelamanya
#Admin
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=110683469920785&id=100029373969070
#SOLIDARITIDSAZH : Kenyataan Media Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu - Wan Hisham
0
October 19, 2018
Tags