#SOLIDARITI DSAZH : Lautan Merah di Mahkamah Jalan Duta - UBKT

UMNO Bahagian Kuala Terengganu turut bersama kepimpinan UMNO Terengganu dalam #Solidariti bersama Presiden UMNO Malayasia Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah dibicarakan  di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.

Ahmad Zahid telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) pada 3.00 petang khamis (18 Oktober 2018 -khas) untuk pendakwaan dimahkamah semalam.

Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan lebih 40 pertuduhan membabitkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan.

Turut bersama Ketua UMNO Bahagian Dato' Haji Wan Hisham Wan Salleh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato' Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato' Din Adam serta ahli UMNO dari Terengganu.

Selain itu Presiden UMNO mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas sejumlah 45 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan dana sebuah yayasan.

Beliau berdepan 10 pertuduhan pecah amanah wang milik Yayasan Akal Budi dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42 juta.

Selain itu, beliau turut didakwa atas 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72 juta.

Mahkamah membenarkan Presiden UMNO itu diikat jamin RM2 juta bagi kesemua 45 pertuduhan.

Bekas timbalan perdana menteri itu dibenarkan membayar ikat jamin secara ansuran sehingga selewat-lewatnya 26 Oktober, dengan seorang penjamin, dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
BACA: Kronologi siasatan dan pendakwaan terhadap Zahid

Antara yang hadir mengikuti prosiding adalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad.

Dalam pada itu, ahli keluarga Ahmad Zahid yang turut kelihatan ialah isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan tiga anaknya Datuk Nurulhidayah, Ahmad Khairul Hafiz serta Ahmad Khairul Haziq.












Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.