KUALA TERENGGANU : Pergerakan Pemuda UMNO Dun Batu Buruk dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu telah mengadakan program "HIKING MERDEKA" sempena sambutan hari KEMERDEKAAN yang ke 63 tahun.
Pemilihan Bukit Chendering sebagai tapak program amat bersesuaian kerana dari puncaknya pendaki dapat menikmati keindahan alam dan permandangan laut yang cantik.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato' Haji Wan Hisham Wan Salleh turut bersama-sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Armi Irzan Mohd dan jawatankuasanya, Ketua Urusetia Dun Batu Buruk Haji Abdul Latif Ibrahim dan jawatankuasanya mendaki pada pagi 31 Ogos 2020 pagi semalam.
Dalam masa yang saya Pemuda memasang plat program di puncak Bukit Chendering dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.