- Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
MAKLUMAN TERKINI
- Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) boleh dibuat dimana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus Fasa 3 boleh dibuat di Cawangan LHDNM mulai:
- 24 September 2018 - Permohonan Lulus Fasa 3 yang tidak mempunyai maklumat akaun.
- 1 Oktober 2018 - Permohonan Lulus Fasa 3 dengan status pembayaran gagal kredit ke akaun.
- Pembayaran Fasa 3 BSHR 2018 adalah mulai 15 Ogos 2018 (Rabu) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang mengemukakan maklumat akaun bank dan berjaya kredit semasa pembayaran Fasa 2 atau ada mengemaskini maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, surat baucar akan diposkan kepada pemohon dan pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN dengan membawa surat baucar berkenaan.
- Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.
- Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.
- Makluman rasmi tarikh pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam tempoh terdekat.
- Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSHR) mulai 27 Disember 2018.
- Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.
- Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
- Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
-
• Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
• Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
• Bujang yang mempunyai tanggungan
-
• Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
• Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
• Warga emas sebatang kara
Laman Utama : https://bsh.hasil.gov.my/
Semakan MyBSH : https://bsh.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k