KUALA TERENGGANU – Desakan menuntut
perlucutan jawatan P Waytha Moorhty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
adalah wajar.
Ketua UMNO Bahagian Kuala
Terengganu, Dato’ Haji Wan HIsham Wan Salleh berkata, ia ekoran kegagalan
menteri itu melaksanakan tanggungjawab seterusnya mengekalkan keharmonian Negara.
“Jika dilihat bagi
kepentingan diri sendiri, biarlah portfolio beliau selaku Menteri Perpaduan dan
Kesejahteraan Sosial dikekalkan supaya rakyat lebih marah kepada PH dan beralih
kepada UMNO dan BN.
“Namun, kegagalan beliau
menjadi menteri perpaduan tidak boleh diterima, beliau gagal satu padukan
rakyat sebaliknya Berjaya menyatukan bagi menyatakan kesempatan meminta beliau
meletakkan jawatan,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya
terpulang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sama ada ingin mengekalkan
kedudukan menteri itu atau sebaliknya.
“Terpulang kepada perdana
menteri, tetapi tuntutan ini menggambarkan suara sebenar rakyat Negara ini,”
katanya.
Wan Hisham berkay, perang di
media social terutama melibatkan isu perkauman menunjukkan kegagalan Waytha
Moorthy menjalankan tugas sebagai menteri perpaduan.
“Beliau tidak menghayati
perlembagaan sehingga menghancurkan keamanan yang dinikmati rakyat dengan
banyak memaminkan isu-isu yang menyentuh sensitivity rakyat.
“Keadaan itu sedang berlaku
sekarang sebab kita terlalu berlembut dan beri ruang kepada beliau. Ini menyebabkan
rakyat kecewa,” katanya lagi.