TAHNIAH !!! Barisan Nasional (BN) menang Cameron Highlands – Wan Hisham



“Kejayaan kita hari ini adalah kejayaan seluruh rakyat, seluruh jentera pilihanraya kecil (PRK) Cameron Highlands (P.078) yang bangkit dari kesilapan terdahulu untuk terus member isyarat kepada Putrajaya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato’ Haji Wan Hisham Wan Salleh, kemenangan BN hari ini menunjukan solidariti rakyat yang bangkit mempertahankan hak mereka dan memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Kataya, kesepaduan seluruh jenteran BN dan dibantu dengan jentera Pas di Cameran Highlands kali ini membuktikan gerakan perpaduan ummah sebelum ini dan ianya telah dizahirkan dalam PRK Cameron Highland ini.

*“Kita boleh meraikan kemenangan tetapi janganlah sesekali bermegah dengan kemenangan ini kerana ianya adalah kerja Tuhan. Kita haya berusaha untuk mencapainya dan selebihnya kita berserah kepada-NYA.*

*“Bersyukur kehadrat Illahi, apabila kita bersatu dengan niat yang betul, Allah SWT akan menyebelahi kita, perjalanan kita masih jauh, terus bagkit dan istiqomah dalam perjuangan, insya Allah kita semua akan dibantu oleh-NYA”, katanya.*

Sehubungan dengan itu, calon BN Ramli Mohd Nor mendapat 12,038, PH 8,800 Buku 314 dan Cangkul 276. Jumlah Undian 21,428, Undi ditolak 568, kertas undi tidak dikembalikan 23.

BN Menang Majority 3,238. peratus Keluar Mengundi : 68.79.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.