SUBSIDI BIL ELEKTRIK NAIK RM40?

SUBSIDI BIL ELEKTRIK NAIK RM40

Sila baca maklumat pada gambar dan rujuk pejabat TNB untuk dapatkan maklumat lengkap.

KLIK https://semakanrebat.mestecc.gov.my

Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008.

Dengan pengenalan program baharu ini, pengguna tidak lagi menerima Rebat Bil Elektrik RM20, sebaliknya akan menerima rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih ICU JPM. Hubungi 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.