Ahli UMNO perlu bertenang - Timbalan Presiden

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, usaha untuk merencatkan UMNO dengan menekan individu tertentu tidak akan mematahkan semangat ahli malah ia akan menguatkan lagi parti keramat ini.

Jelas beliau, kekuatan UMNO adalah di peringkat ahli-ahli yang ramai di seluruh negara dan kekuatan ini akan terus utuh.

“Namun saya harap ahli jangan bertindak melulu dan biar proses perundangan ini berjalan dengan lancar dan kita berdoa supaya Datuk Zahid akan dapat diadili dengan telus.

“Kita percaya bahawa pihak berkuasa SPRM, PDRM dan mahkamah akan menjalankan tugas secara profesional dan tanpa prejudis.

“Jadi ahli UMNO harus bertenang… biar proses ini berjalan kerana kita mesti percaya kepada institusi awam ini. Apa yang kita harap supaya mereka menjalankan tugas secara profesional dan tanpa ada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak,” ujar beliau kepada media di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun tidak sihat, beliau tetap hadir bagi memberi sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – MediaUMNO

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.